Bagan Pinang Sejahtera


Mari bersama Ustaz Fatah Zakaria dalam membangunkan Bagan Pinang yang lebih baik melalui pembangunan infrastruktur, pemberdayaan masyarakat, dan keadilan untuk rakyat.

Calon N31 Bagan Pinang
Yang DiPertua PAS Kawasan Port Dickson
Ketua Cawangan PAS Bandar Springhill
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan

Kenali Ustaz Fatah Zakaria

Siapakah Ustaz Fatah Zakaria?

Ustaz Fatah Zakaria dilahirkan di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah seorang pesara tentera yang telah bermastautin di Port Dickson sejak Januari 1997 dan komited sepenuhnya untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

Sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Port Dickson dan calon Perikatan Nasional bagi DUN N.31 Bagan Pinang, beliau membawa pendekatan kepimpinan yang dekat di hati rakyat—mengutamakan kebajikan, merancakkan sektor pelancongan pantai, serta membela kelangsungan hidup komuniti nelayan dan pesisir pantai.

Dengan latar belakang ketenteraan yang berdisiplin serta pengalaman luas sebagai AJK Veteran KAGAT Malaysia dan jurulatih kerohanian, beliau amat memahami nadi keperluan prasarana dan pengurusan kebajikan masyarakat, serta bertekad untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan warga Bagan Pinang.

Latar Belakang

Pendidikan

Pendidikan Agama

Lulus 4 Thanawi di Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan Menengah

Sekolah Menengah Arab Agama Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan Rendah

Sekolah Kebangsaan Mekasar, Pasir Mas, Kelantan

Kerjaya Politik

Yang DiPertua
PAS Kawasan Port Dickson

Ketua Cawangan PAS
Bandar Springhill

Pengerusi Lajnah Kebajikan
PAS Negeri Sembilan

Kerjaya

1988 - 1989
Pembantu Agama Kanan TUDM Kuantan

1989 - 1990
Pembantu Agama Kanan Markas 4 Div Kuantan

1990 - 1994
Pembantu Agama Kanan 10 RAMD Miri

1994 - 1997
Pembantu Agama Kanan 15 RAMD Miri

1997 - 2007
Jurulatih PUSASDA

2007 - 2010
Jurulatih Kerohanian ILMI

Jawatan Semasa
Ahli Jawatankuasa (AJK) Veteran KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) Malaysia

Kegiatan Mayarakat

Sepanjang tempoh berkhidmat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bagan Pinang di bawah pimpinan YB Ustaz Fatah telah menguruskan

Jumlah Keseluruhan Kes & Perbelanjaan Kebajikan

586 Kes | RM 61,890

Urusan Bantuan Kebajikan & Pendidikan

RM19,375

Program Ziarah Prihatin Komuniti

RM42,515

Tindakan & Pengurusan Aduan Prasarana

7 Kes Komuniti

Urusan Sokongan & Pentadbiran

120 Kes

Urusan Bantuan Kebajikan & Pendidikan

Sumbangan Kelengkapan Sekolah:
Sebanyak 50 penerima menerima sumbangan set beg sekolah dan alat tulis untuk persediaan sesi persekolahan anak-anak kawasan.

Agihan Bakul Makanan:
32 keluarga menerima sumbangan bakul makanan asas bagi meringankan beban kos sara hidup.

Bantuan Peralatan Medik & Tunai:
Menyalurkan sumbangan peralatan khas seperti kerusi roda serta bantuan kewangan segera bagi kategori am, sakit, dan kecemasan keluarga.

Program Ziarah Prihatin Komuniti

Menyantuni 344 isi rumah di sekitar Port Dickson dan Bagan Pinang menerusi pelbagai kategori Ziarah Prihatin (JZ01–JZ17).

Menyalurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah kesihatan (seperti kecederaan akibat kemalangan), kematian waris, serta golongan warga emas yang terlantar.

Tindakan & Pengurusan Aduan Prasarana

Mitigasi Hakisan Tanah:
Tindakan segera susulan aduan hakisan tanah kritikal berhampiran tebing jalan di Lot 609, Jalan Masjid Warisan, Telok Kemang bersama Majlis Perbandaran Port Dickson.

Keselamatan Awam & Pokok Berisiko:
Menangani aduan pokok condong berisiko tumbang di Lorong Yamah, Kampung Si Rusa Dalam serta masalah gangguan anjing liar di Taman Sajak Permai.

Sokongan Peniaga Kecil & Prasarana:
Menyelesaikan aduan peniaga tempatan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya PD-Seremban, memohon permohonan bonggol jalan di Rumah Rakyat Peringkat 3 (PD Villa) bersama JKR, serta semakan status penyelenggaraan longkang di Kampung Bagan Pinang Dalam.

Urusan Sokongan & Pentadbiran

Menguruskan 120 permohonan surat sokongan rasmi dan pengesahan dokumen pentadbiran untuk penduduk Kampung Bagan Pinang, Telok Kemang, dan kawasan sekitar.

Isu-Isu

Mari bersama bersatu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat DUN Bagan Pinang

Sektor Pelancongan & Nelayan Tempatan

Memantau rapat isu-isu pemerkasaan komuniti pesisir pantai, memastikan kebajikan dan kelangsungan pendapatan kumpulan nelayan serta merancakkan semula ekosistem pelancongan daerah Port Dickson.

Infrastruktur Awam

Meneliti sebarang keperluan penambahbaikan prasarana awam, jaringan keselamatan komuniti, serta isu tempatan demi keselesaan penduduk Bagan Pinang.

Aduan & Pemantauan Infrastruktur

Secara aktif memantau, menyemak, dan menyegerakan proses baik pulih kemudahan infrastruktur awam, jalan raya, pengairan, saliran, serta pengurusan sisa pepejal bersama PBT demi keselesaan warga DUN Serting.

Tawaran Perikatan Nasional

Sebagai calon ADUN Bagan Pinang dan kepimpinan utama Perikatan Nasional Negeri Sembilan, beliau komited sepenuhnya dalam menyokong dan merealisasikan 8 Tawaran Utama peringkat negeri

Pentadbiran

Pembangunan dashboard Pelaksanaan Manifesto Negeri Sembilan.

Penambahbaikan Sistem Pengurusan & Pentadbiran Masjid yang mesra kariah.

Belia dan Keluarga

Penyediaan Rumah Transit Belia untuk graduan dan pasangan baru berkahwin.

Perlaksanaan program Pemerkasaan Keluarga Mawaddah.

Ekonomi

Penerokaan dan pembangunan Pelan Ekonomi Biru Negeri Sembilan.

Penaiktarafan infrastruktur sokongan industri gas dan minyak.

Pembangunan pakej pelaburan baharu dalam sektor mineral kritikal, semikonduktor, aeroangkasa, EV, logistik dan ekonomi digital.

Kebajikan

Pemberian bantuan Prihatin Rakyat dengan sasaran keluarga B40 dan M40 berkomitmen tinggi serta berpendapatan rendah.

Penyaluran dana sokongan khas kebajikan & hal ehwal bukan Islam.

Pendidikan

Penaiktarafan Kolej Yayasan NS (KYNS) yang berteraskan TVET, pendidikan gunaan (applied education), penyelidikan industri dan inovasi.

Pemberian Bantuan Persijilan Profesional untuk graduan Negeri Sembilan.

Pemerkasaan Sekretariat TVET Negeri dengan Program Tahfiz TVET.

Pekerjaan

Penubuhan Negeri Sembilan Talent Corporation (NTC) sebagai pusat pembangunan bakat dan kepakaran masa depan dalam bidang Al, teknologi hijau, semikonduktor, keselamatan siber, ekonomi digital dan automasi termaju.

Penubuhan Pusat Padanan Pekerjaan Negeri Sembilan untuk sektor pelancongan & industri terkini.

Tawaran N31 Bagan Pinang

Hubungi Kami


Maklumat Hubungan

Lokasi Kami

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bagan Pinang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

E-mel

Hantar mesej anda pada borang di bawah

Whatsapp

018 - 2189 590

Ikuti Kami

Bersama Kita Menyelesaikan Masalah Bagan Pinang 

Setiap isu yang dihadapi rakyat Bagan Pinang adalah tanggungjawab kita bersama. Mari kita bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Scroll to Top